Assalamualaikum.

ㅤㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼

Selamat menunaikn ibadah Fardhu SUBUH …Sobahul Khayr

SUBUH 5:39am
SYURUK 6:52am

  • 13 Rabiulakhir 1442H*

Apakah engkau tidak merasa bimbang atau khuatir terhadap dirimu sendiri…

  1. Terhadap solatmu yang masih tidak khusyu’ biar pun sudah berpuluh tahun engkau solat.

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ ﴿٤﴾ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥﴾ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ ﴿٦﴾ وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ ﴿٧﴾

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya,dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

Al Ma’uun : 4-7

Solat yang tidak khusyu’ merupakan ciri solatnya orang-orang munafik

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا (١٤٢)

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, padahal Allah (balas) menipu mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri malas-malasan, mereka mempamerkan ibadahnya kepada banyak orang dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sangat sedikit”

An Nisa’ : 142

Maka apakah engkau masih fidak bimbang khuatir dengan dirimu sendiri..

  1. Juga terhadap keikhlasanmu dalam beribadah setelah sekian lama engkau beribadah…

عن أبى أمامة قال: جاء رجل إلى رسول الله فقال : أرأيت الرجل غزا يلتمس الأجرَ والذكْر ماله ؟ فقال رسول الله : ( لا شىء له )، فأعادها ثلاث مرات ويقول رسول الله : (لا شىء له)، ثم قال: ( إن الله عز وجل لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصاً وابتغى به وجهه )

Diriwayatkan dari Abu Umamah radhiyallahu anhu, ia berkata: “Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam seraya berkata: “Bagaimanakah menurut engkau terhadap seorang laki-laki yang berperang dengan tujuan untuk meraih pahala dan dikenang?”. Baginda menjawab: “Ia tidak mendapatkan (pahala) sedikit pun.” Lantas orang tersebut mengulangi pertanyaannya 3 kali, dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam selalu menjawabnya: “Ia tidak mendapatkan (pahala) sedikit pun.” kemudian Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla tidak menerima sebuah amalan melainkan bila diniatkan ikhlash dan berharap wajah-Nya.”.

(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan an-Nasai)

Alangkah bimbnagnya apabila menghadapNya nanti di akhirat, amalan yang nampaknya banyak dibawa ketika di dunia, rupanya tiada nilai keikhlasan di sisiNya.

  1. Juga terhadap pertemuanmu dengan Allah Rabbul Jalil di mahkamahNya di Padang Mahsyar nanti…

رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: “لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ “

Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban dan At Tirmizi bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
” Tidak berganjak dua tapak seorang hamba pada hari kiamat sehinggalah ditanya dengan empat perkara iaitu tentang umurnya pada apakah telah dihabiskan, tentang jasad tubuhnya pada apakah telah digunakan, tentang ilmunya apakah yang telah diamalkannya,dan tentang hartanya dari mana kah sumber yang ia usahakan dan pada apakah dia telah belanjakan.”

Justeru, bersibuklah dengan dirimu sendiri wahai saudaraku, kembalilah ke pangkal jalan iaitu kepada dirimu sendiri.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).

An Naazi’at : 40-41

JIWA TARBAWI 694

ABi

Mak.

Tajuk : Mak 😢

Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..

Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..

Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..

Cakap dalam hati…
“Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..

Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak…
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak… Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??”

Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak… mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..

Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..

Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..

Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..

Cakap dalam hati..
“Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak… mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???”

Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah utk mak..

Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..

Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut…
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak…
Bukan org lain..

Cakap dlm hati..
“Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak..”

Dengar betul2 bacaan talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..

“Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,

Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula… Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia..”

Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..

Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..

Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

Sesiapa nak share, silakan share.

*Senoga Mak ditempatkan diantara org2 beriman. Aamiin.

Al Quran.

وَلَقَدۡ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ءَايَٰتِۭ بَيِّنَٰتٖۖ وَمَا يَكۡفُرُ بِهَآ إِلَّا ٱلۡفَٰسِقُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

-Surah Al-Baqarah, Ayah 99

Pantun.

PANTUN SELOKA ORANG² LAMO,
BUKAN TUO-TUO YO.

1. Omak boli bodak,
Boli sampai duo,
Dulu kito budak,
Nijam ni dah tuo.

2. Poi gumah cino,
Kojo angkek barang,
Dulu anak toruno,
Nijam laki orang.

3. Sopuluh ekor koro,
Logam mcm arang,
Dulu anak daro,
Nijam bini orang.

4. Makan masak tocu,
Gulai ikan guwan,
Dulu jadi cucu,
Nijam jadi Uwan.

5. Kakak anak boranak,
Pantang jumpo gincu,
Dulu dukung anak,
Nijam dukung cucu.

6. Bini orang Maran,
Laki orang Iban,
Dulu gambut karan,
Nijam gambut beguban.

7. Tanam pokok pisang,
Bawah pokok keranji,
Dulu abang sayang,
Nijam abang Haji.

8. Bini Datuk Minhat,
Suko ungkit-ungkit,
Dulu badan sihat,
Nijam sakit-sakit.

9. Dari Sungai Batu,
Poie Dusun Tuo,
Dulu jadi Menantu,
Nijam jadi Mentuo.

10. Makan gulai korang,
Konyang sampai sobu,
Dulu mata torang,
Nijam dah kolabu.

Selamat Hari Wargo Tuo/Lamo. Moga sihat sopanjang maso & SENTIASA INGAT PADA ALLAH SWT YO… 😁😁😁